Hadirnya...
dari lubuk Qalbu yang sukar dijangka,
Dalam usaha pencarian sebuah harga diri;
Ku jelajahi kota warQah;
Lama~
Sebelum ku membuka sebuah Qaryah,
Buat Qalbu dan ‘akal pula.. meluah bicara,
Pernah sekali.. diri ini,
Menutup gerbang sebuah kota,
atas dasar melarikan diri dari dunia,
Namun akhirnya ku tersedar jua,
lamunan yang panjang itu satu usaha sia-sia...
Kerana pelarian ku itu;
manifestasi kepada pelarian tidak berpenghujung,
Aku terlupa...
Seperti sengaja dinafikan sebuah peringatan,
Dari apa yang pernah di ajar oleh Kekasih,
Kota itu perlu dibuka semula~
Seperti terbukanya sebuah Madinah,
Seperti terangkatnya kekufuran kota Makkah,
Seperti terbebasnya bumi al-Quds dari Tanah yang dijarah,
Dan pembukaan kota kebal dunia oleh Muhammad bin Murad,
sang Penakluk gah... pada peribadi dan nama,
Berpaksikan niat suci kerana Tuhan yang Esa o,;”)_
0 comments:
Post a Comment