0

hanya kerna khilaf lalu,


Hati mana yang tidak pernah berhenti mengharap!?
Yakinku bahawa keinginan pada sesuatu itu adalah fitrah,
kemahuan untuk memiliki itu jua adalah fitrah;

Semalam yang jauh,
pernah menyuntik rasa kasih pada diri seorang teman,
Semalam yang panjang,
pernah aku terjerumus ke dalam lembah kehinaan,
hanya kerna tersalah memilih jalan,
penyesalan itu kan kekal.. biarpun taubat telah dilakukan,
astaghfiruLlah~

Benar sungguh kata pujangga,
Kesilapan lalu kan menyebab diri terasa lemah,

andai dapat diputar masa,
diri ini tidak mahu langsung memaut mehnah dunia,
andai dapat ditukar rasa,
kepingin betul mahu membuang sang duka nestapa,

buat Qalbu yang tahu bahwa aku pernah mencintainya,
maafkan aku!!
diri ini tidak akan pernah lagi layak untuk memilikimu,
biarlah kesilapan ini hanya di tanggungku sendiri..
khilaf ini~
moga memberi kekuatan untuk aku mengubah diri,
kembali
T_T

Back to Top