0

shhh... ^_^


diam sebentar;
memikir-mikir bahasa kata untuk menterjemah bahasa rasa~ 
| m u h a m m a d . a b d u l l a h |


0

memohon hati segar dengan Cinta dari-Nya


Perubahan apakah yang sedang melanda nafsi,
Tatkala usaha mahukan kebaikan mengatasi keburukan,
Jiwa ini,
tiba-tiba menjadi kosong tidak berisi..
Kesunyian yang datang menghambat keluar perasaan rindu pada Tuhan..
buta pula dalam penglihatan,
lagi tuli dalam pendengaran~

Ya Allah,
andai ini petanda matinya seketul hati,
Aku mohon hidupkan ia kembali..
..atau dapat mungkin aku seketul hati baru;
Bersih suci dari noda-noda tahi kegelapan.
Yakni;
Seketul Qaryah Qalbu yang cintakan Tuhan melebihi segala ciptaan,
bersisipkan rindu Rasul melebihi segenap lapisan,
kasih dan sayang sesama manusia mengikut urutan,
semudahnya sebutir Qalbu yang mendapat Redha Tuhan,
Agar dengannya nanti..
Mudah aku jalankan tanggungjawab,
Buat menghamba diri pada-Mu Tuhan o,;”)_

Aku hamba yang lemah mohon diperkenankan T_T
0

legacy 18/9



AKU
Sebenarnya kebutaan itu hatiku,
Dalam mencari hanya sebuah diri,
Mengenal ukhrawi,
Titian kasih itu terlalu mendalam,
sebenar-benar cinta
menjadi alpa, khilafku
Aku leka…
mamai diterik senja,
sebuah harga diri,
Teratak itu aku perhati,
Sunyi hati tanpa inti,

KAU
Disaat aku hidup dan mati,
Disaat nafas ini bernadi,
Ketika air mata kehausan,
Padaku salah-Mu,
Begitulah aku

KAU
Menyentak secebis harapan,
Dalam memburu kelalaian,
Sedetik, membasuh luka,
Seminit bertafakur berdoa',
Itu akulah,
Yang bermuhasabah
Insaf dalam nikmat
derita…
Masih disayang, masih dikasih
Sebenar-benar cinta
0

Qisah Teratak D’puncak

pemandangan dari Puncak Teratak,

Nestapa itu timbul mendasari Qalbu,
Dalam kelemahan langkah;
menapak meninggalkan Teratak D’puncak..

Dua minggu bertapa mencurah apa yang termampu,
Meninggal kesan yang tidak sedikit,
Berkeliling dengan para khalifah muda;
berdiri suci tanpa dosa, duduk bertafakur berdoa,
maQbul semudahnya~

Apa lagi yang mampu membuat Qalbu ini tertawa,
Selain dari nikmat Iman dan Islam,
Sedang kesempurnaannya pula;
Terletak dalam diri setiap insan bernyawa,
Dan aku; senang bangat..
dengan segala anugerah dari Tuhan yang Esa.

Atas dasar itulah,
Tangisan Qalbu ini menjadi semakin kuat,
Bukan sedih kerana dosa yang lewat..
Tapi bersyukur masih diberi peluang untuk bertaubat, T_T
0

peluang lagi untuk berubah,


..persahabatan itu indah.. (abi aspura:2001)
12 jam keseorangan;
tidak sedikit pun menimbulkan perasaan bosan dalam diri,
setiap inci dan sudut tanah tinggi ini..
punya jutaan kenangan terindah yang tidak terungkap dengan kata-kata,
tidak mampu di madah dengan susunan aksara.

Maha Suci Allah..
di sebalik kesukaran dan kesulitan yang terpaksa hamba-Mu ini hadapi,
rupa-rupanya tersirat peluang untuk diri ini muhasabah diri lagi.
Dikembalikan diri ini ke tempat diri ini mula-mula hilang arah,
diperkenalkan diri ini dengan khalifah muda yang membawa ‘ibrah.

Jika niat pertama kedatangan ku ke sini adalah sebagai pendidik adik-adik generasi baru,
Hampir aku terlupa bahawa kehadiran ini adalah rancangan Kau yang Lebih Tahu.
Terima Kasih Tuhan, atas peluang menebus kesalahan~ T_T
0

ku buka dan cuba pelihara,


Hadirnya...
dari lubuk Qalbu yang sukar dijangka,
Dalam usaha pencarian sebuah harga diri;
Ku jelajahi kota warQah;
Lama~
Sebelum ku membuka sebuah Qaryah,
Buat Qalbu dan ‘akal pula.. meluah bicara,

Pernah sekali.. diri ini,
Menutup gerbang sebuah kota,
atas dasar melarikan diri dari dunia,
Namun akhirnya ku tersedar jua,
lamunan yang panjang itu satu usaha sia-sia...
Kerana pelarian ku itu;
manifestasi kepada pelarian tidak berpenghujung,

Aku terlupa...
Seperti sengaja dinafikan sebuah peringatan,
Dari apa yang pernah di ajar oleh Kekasih,
Kota itu perlu dibuka semula~
Seperti terbukanya sebuah Madinah,
Seperti terangkatnya kekufuran kota Makkah,
Seperti terbebasnya bumi al-Quds dari Tanah yang dijarah,
Dan pembukaan kota kebal dunia oleh Muhammad bin Murad,
sang Penakluk gah... pada peribadi dan nama,
Berpaksikan niat suci kerana Tuhan yang Esa o,;”)_
3

saya cadang untuk anda baca...

0

penukaran nama blog

Saya telah mengambil keputusan untuk menukar nama blog ini daripada

‘Madah Qalbu dari Tinta Sayf™’ kepada ‘Qaryah Qalbu’

Blog ber-url >> http://contenganrahsiaqalbu.blogspot.com akan diberi ruh yang baru, namun ia tetap dikendalikan oleh penulis yang sama iaitu tinta.sayf (nama pena). Penukaran isim-nya pada tanggal 6 april 2011 mempunyai maksud² yang besar buat penulis ^_^
0

Bukan rezeqi-ku mungkin,


Jika dua hari yang lalu ia merupakan sebuah berita gembira,
namun tika dan saat ini..
ia bukanlah seperti yang dijangka!
Aku percaya, perancangan-Nyalah yang terbaik ^_^
Maka akanku terima dengan redha,
malam ini akan kuhadiri syura tergempar..
menolak majlis makan malam yang telah dijemput lebih awal,
Sejujurnya;
sedikitpun aku tidak berkecil hati,
bagiku adalah lebih baik berada di sini,
sedang ada yang lebih menyejukkan hati di sisi~
aku senantiasa percaya perancangan terbaik dari-Mu
Ya ALlah... o,;”)_

Back to Top