pemandangan dari Puncak Teratak, |
Nestapa itu timbul mendasari Qalbu,
Dalam kelemahan langkah;
menapak meninggalkan Teratak D’puncak..
Dua minggu bertapa mencurah apa yang termampu,
Meninggal kesan yang tidak sedikit,
Berkeliling dengan para khalifah muda;
berdiri suci tanpa dosa, duduk bertafakur berdoa,
maQbul semudahnya~
Apa lagi yang mampu membuat Qalbu ini tertawa,
Selain dari nikmat Iman dan Islam,
Sedang kesempurnaannya pula;
Terletak dalam diri setiap insan bernyawa,
Dan aku; senang bangat..
dengan segala anugerah dari Tuhan yang Esa.
Atas dasar itulah,
Tangisan Qalbu ini menjadi semakin kuat,
Bukan sedih kerana dosa yang lewat..
Tapi bersyukur masih diberi peluang untuk bertaubat, T_T