Hati mana yang tidak pernah berhenti
mengharap!?
Yakinku bahawa keinginan pada sesuatu itu
adalah fitrah,
kemahuan untuk memiliki itu jua adalah
fitrah;
Semalam yang jauh,
pernah menyuntik rasa kasih pada diri seorang
teman,
Semalam yang panjang,
pernah aku terjerumus ke dalam lembah
kehinaan,
hanya kerna tersalah memilih jalan,
penyesalan itu kan kekal.. biarpun taubat
telah dilakukan,
astaghfiruLlah~
Benar sungguh kata pujangga,
Kesilapan lalu kan menyebab diri terasa
lemah,
andai dapat diputar masa,
diri ini tidak mahu langsung memaut mehnah
dunia,
andai dapat ditukar rasa,
kepingin betul mahu membuang sang duka
nestapa,
buat Qalbu yang tahu bahwa aku pernah
mencintainya,
maafkan aku!!
diri ini tidak akan pernah lagi layak untuk
memilikimu,
biarlah kesilapan ini hanya di tanggungku
sendiri..
khilaf ini~
moga memberi kekuatan untuk aku mengubah
diri,
kembali
T_T