0

nilai rasa hamba


Usaha memaut rasa cinta pada qalbu insan,
pasti tidak indah tanpa simpulan dengan Tali Agung..
Sedang perasaan rindu pada Qaseh Tuhan itu merupakan satu harapan yang menggunung~
Ingatlah wahai hati!!

Berapa ramai di antara kita yang selalu terlena;
dalam cinta kiriman Tuhan buat diri bernama manusia,
YA! ia khilaf biasa, diri ini juga sering terlalai-leka,
Namun bila yang biasa di jadikan rutin..
Yang rutin di jadikan kewajipan,
Maka runtuhlah satu jiwa; dalam pembawaan diri sebagai peng’abdi  Tuhan,
T_T

Rasa malu dengan-Nya
0

hanya kerna khilaf lalu,


Hati mana yang tidak pernah berhenti mengharap!?
Yakinku bahawa keinginan pada sesuatu itu adalah fitrah,
kemahuan untuk memiliki itu jua adalah fitrah;

Semalam yang jauh,
pernah menyuntik rasa kasih pada diri seorang teman,
Semalam yang panjang,
pernah aku terjerumus ke dalam lembah kehinaan,
hanya kerna tersalah memilih jalan,
penyesalan itu kan kekal.. biarpun taubat telah dilakukan,
astaghfiruLlah~

Benar sungguh kata pujangga,
Kesilapan lalu kan menyebab diri terasa lemah,

andai dapat diputar masa,
diri ini tidak mahu langsung memaut mehnah dunia,
andai dapat ditukar rasa,
kepingin betul mahu membuang sang duka nestapa,

buat Qalbu yang tahu bahwa aku pernah mencintainya,
maafkan aku!!
diri ini tidak akan pernah lagi layak untuk memilikimu,
biarlah kesilapan ini hanya di tanggungku sendiri..
khilaf ini~
moga memberi kekuatan untuk aku mengubah diri,
kembali
T_T
0

Hilang..


anjakan period waktu mengubah nilai manusia,
dari putih mutiara licin,
bertukar hitam pekat kaca ditompok onar,
hilang..
hilang langsung jiwa muslim mardheka,
di injak lemah;
dan dilanyak buas sang nafsu serakah~

lupakah asal maksud ciptaanmu di muka bumi,
buat sujud menyembah Illahi,
meninggalkan apa yang dikeji..
dalam mengejar MardhatiLlah yang sukar diberi,
mahal pada harga,
umpama titik air di padang kontang sahara,

kembalilah~
wahai jiwa yang hilang,
bersihkan Qalbumu dari terus digelumang dosa silam,
sebelum waktunya..
rintihan terakhir meninggalkan jasad yang menjelang,

0

akan ku usaha untuk menziarahinya... T_T


tanah waqaf

0

wajah² Teratak D'puncak

Muhammad Ikram bin Mohd Yunos
0

(...)


(suatu masa nanti)

KMana hilangnya kota warQah?
Pencak tanya seorang sahabat..

Qalbu ini ringkas menjawab,
Berat untuk di madah!
Sukar untuk di aksara!
Sunyi~

Kemudian,
Hadir seorang pemuda dari hujung Qaryah,
dan bicaranya bermula..
Bukankah pemilik kota juga; punya jasad dan jiwa,
Andai jiwa meninggalkan jasad sendirian,
Tiada gunanya lagi bumi dan segala isinya,
Atas kelemahan pemilik kota warQah,
Mungkin terkandung khilaf dalam penyampaian,
Mungkin ada ‘aib perlu disorokkan,
Mungkin tulisan itu..
sekadar menyentuh perihal sahabatnya yang sezaman.
Adalah lebih baik pintu warQah ditutup  rapat-rapat,
Serapat pintu rahsia dunia-akhirat.

Back to Top