0

Bukan rezeqi-ku mungkin,


Jika dua hari yang lalu ia merupakan sebuah berita gembira,
namun tika dan saat ini..
ia bukanlah seperti yang dijangka!
Aku percaya, perancangan-Nyalah yang terbaik ^_^
Maka akanku terima dengan redha,
malam ini akan kuhadiri syura tergempar..
menolak majlis makan malam yang telah dijemput lebih awal,
Sejujurnya;
sedikitpun aku tidak berkecil hati,
bagiku adalah lebih baik berada di sini,
sedang ada yang lebih menyejukkan hati di sisi~
aku senantiasa percaya perancangan terbaik dari-Mu
Ya ALlah... o,;”)_
0

hijrah kota ke qaryah


‘Layar Maya’ itu..
kini ku tinggalkan sepi,
Biar puluhan sahabat yang menentang..
namun kata putus telah pun di undi,
setelah pelbagai sudut ku teliti, ku ‘alimi dan ku jarahi,
penutupan kota warQah itu akan kekal~
berdiri sepertimana ku tinggalkan...
tidakkan ku sentuh,
dan tidak pula ku ubah.

namun hadirku ke sana,
tetap seperti yang kalian sendiri ketahui,
terdapat ‘ibrah yang tersimpan dalam kalungan sejarah,
jika tidakku ambil peduli,
kelak diriku bakal tersungkur lagi..
TIDAK!!
Akan ku pastikan perkara itu tidak ku ulangi~
0

nikmat dariNya

KELMARIN
Tatkala emosi menguasai diri,
Berdiri dalam dilema golongan ‘asi,
Bermadah tidak bersuara,
amarah tidak dinyata..
Terselit dalam kebisuan,
Sebagai tanda protes dari diri seorang teman.

Dari latar yang berbeza,
Sahabat tidak memahami,
Dari sebuah sengketa sepi,
teman hadir memberanikan diri,
'andai kau sedar...' madah bermula~
membuat kuntuman yang membunga mekar di hati,
berjalan dengan perancangan dua orang manusia..

Namun,
Perancangan dari-Nya jauh lebih hebat,
tak terjangkau dek akal fikiran,
suasana itu dicipta..
melampaui batas idea insan.
Keterlupaan SEMALAM,
Datang hadir membentuk nikmat..
Buat diri dua orang sahabat,
Jujur;
Bukan gurauan yang dirancang,
Bukan jua idea yang membisik,
Punca hadirnya dua kuntum senyuman,
ikhlas dari jiwa insan..
kerna usaha mereka berbaik atas Nama Tuhan.

Terima Kasih Ya Allah,
dari hamba-Mu yang lemah [4:28]
0

dengan jiwa yang baru

Setelah terleka lama dalam dunia penulisan,
Tanpa sedar aku semakin hanyut dibuai arus kemahsyuran,
Seolah terlupa;
penulisanku adalah da’wah buat teman,

Hantukan semalam menyedarkan sebutir Qalbu,
Mujur tidak berderai pecah menjadi debu,
Namun retakan itu pasti dan pasti..
menjadi penguat diri untuk menulis dengan sebuah azam yang baru,
agar tidak terus terleka dimamah sebuah mimpi palsu,

biarlah diri ini tidak dikenali,
biarlah mahsyur itu tidak berdiri sekali,
biarlah;
kerna aku lebih yakin untuk terus berdiri,
melalui mata pena maya ini,
di sebuah lohong yang hijau,
kembali mengukuh diri..
Ber-isim-kan ‘tinta sayf’..
yang hadirnya dari sudut Qalbu; 
sepi dan tersembunyi~

Back to Top